FA CUP bermula pada awal pagi tadi apabila kita bertandang ke Stadium Madejski untuk menentang Reading, yang kalau dilihat di atas kertas seharusnya memberi laluan yang pasti mudah kepada kita. Masakan tidak, Reading adalah pasukan yang kini menghuni tangga ke-20 di dalam Liga Championship, yang juga menghadapi krisis ketiadaan pengurus tetap dalam mengharungi musim mereka tahun ini.Ketika di permulaan permainan, nampaknya janji Rafa untuk menurunkan barisan terkuatnya telah diperkotakan, menggambarkan betapa seriusnya keinginan untuk menggondol sekurang-kurangnya satu piala dalam musim ini, setelah kecundang di Champion League, League Cup dan kedudukan liga yang semakin tidak meyakinkan para penyokong kita. Seandainya dilihat formasi awal pagi tadi, tampak kemenangan pasti berpihak kepada kita, namun demikian, kita sedikit kecewa apabila diikat dengan keputusan seri 1-1 yang mengakibatkan beban perlawanan yang bertambah. Analisa formasi The Reds malam tadi jaagak menarik sebenarnya, walaupun masih lagi mengekalkan formasi 4-2-3-1, namun kali ini David Ngog diturunkan sebagai second striker/attacking midfielder bagi membantu El Nino di hadapan dan Steven Gerrard bermain di posisi kegemaran beliau, iaitu central midfielder. Kuyt memperkuatkan sebelah kanan manakala Aurelio di sebelah tengah kiri.
Formasi (vs Reading):
Reina
Carragher-Skrtel-Darby-Insua
Gerrard-Lucas
Kuyt-Ngog-Aurelio
El Nino
Seperti biasa, kita bermula garang namun sekiranya dilihat game malam tadi, Reading tampaknya amat bersungguh-sungguh dan bermain agak cemerlang, hasilnya berjaya menjaringkan gol pendahuluan sebelum Kapten Fantastic menjaringkan "signature goal" beliau 10 minit kemudian, seterusnya mendatangkan kelegaan para penyokong The Reds. Beberapa tandukan El Nino hampir sahaja mendatangkan hasil, terutama di akhir babak kedua, namun hanya sedikit melewati palang gol. Aquilani juga hampir menjaringkan gol pertama beliau buat Liverpool, namun bola hanya terkena badan beliau dan terus ditangkap kemas oleh penjaga gol gantian Reading. Dua percubaan deras pada separuh masa pertama oleh Aurelio dan Ngog juga hampir mencecah gawang, sayangnya sedikit tersasar dan mengesahkan keputusan seri 1-1 awal lagi tadi.
Walaupun suatu keputusan yang sedikit mengecewakan sebagai permulaan tahun baru 2010 ini, namun cabaran kita masih belum berakhir. Masih ada lagi ulangan pusingan ketiga FA Cup ini, yang akan diadakan di Anfield - dan diharap kita akan mampu berjaya. Bangkitlah Liverpool! You'll Never Walk Alone.
Sumber dari: my-liverpoolfc.com
Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment