LONDON - Ruud van Nistelrooy hampir pasti melengkapkan kemunculan semula mengejut dalam kancah Liga Perdana England. Penyerang Real Madrid itu dilaporkan bakal menyertai Li verpool dalam tempoh bebe- rapa hari lagi.
Difahamkan, rakan sepasukannya, Rafael van der Vaart turut akan menyertainya ke Liverpool tetapi secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.
Pengambilan dramatik dua bintang Belanda itu terpaksa dilakukan pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang terdesak untuk memastikan pasukannya kembali bangkit musim ini.
Van Nistelrooy, 33, bekas penyerang Manchester United, akan tamat kontraknya bersama Real pada penghujung musim ini tetapi dia kini sudah pun tidak menjadi pilihan utama di kelab Sepanyol itu.
Penyerang itu juga pasti mahu menyelamatkan karier antarabangsanya supaya terpilih menyarung jersi Belanda pada pusingan akhir Piala Dunia 2010, Jun depan.
Di Madrid, peluang van Nistel- rooy agak sukar apabila dia terpaksa bersaing dengan Gonzalo Higuain, Karim Benzema dan Raul.
Namun, hanya satu perkara sahaja lagi yang perlu diselesaikan iaitu sama ada Liverpool bersedia untuk membayar gaji £140,000 (RM777,012) seminggu kepada van Nistelrooy.
Sumber dari: Kosmo!
Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment