
Lupakan kekecewaan di Old Trafford, buka buku baru kerana Ahad ini kita akan menanti kehadiran skuad Kucing Hitam, iaitu Sunderland di Anfield. Lupakan juga insiden "bola pantai" yang menyebabkan kekalahan kita 0-1 di Stadium of Light 17 Oktober lepas kerana yang lebih penting adalah fokus pasukan untuk mencapai 4 tangga teratas seterusnya layak ke Champion League musim hadapan. Misi ini mungkin tampak mustahil, lebih-lebih lagi pesaing dekat kita (Tottenham, Aston Villa, Manchester City dan juga Everton) sedang beraksi dengan rekod yang sangat baik. Namun harus diingat, ini adalah bolasepak di mana segalanya adalah mungkin.
Rafa dikatakan bersedia untuk meletakkan harapan kepada Aquilani bagi mencerahkan peluang beraksi dalam Champion League pada musim hadapan, menggambarkan kemungkinan besar kita akan menyaksikan kemunculan semula beliau di kesebelasan utama. Mungkin inilah masanya untuk kita menurunkan 100 peratus kekuatan bagi mencapai matlamat ini tambahan pula dengan hampir kesemua bintang utama sudah bebas dari masalah kecederaan (kecuali Aurelio dan Skrtel). Diharapkan juga Torres akan kembali fokus seperti perlawanan menentang Portsmouth dan Lille tempoh hari manakala Gerrard diharapkan dapat mengembalikan semula prestasi "fantastica" beliau yang kurang konsisten akhir-akhir ini. Juga harus diawasi Darren Bent, tonggak hadapan Sunderland yang telah meledak 20 gol sepanjang musim ini, yang juga watak yang menjaringkan gol "bola pantai" ketika kita tewas dalam pertemuan pertama lalu.
Gegaran Anfield dan seluruh penyokong The Reds akan terus memberikan sokongan dari seluruh pelusuk dunia. Harapan kita cuma kemenangan.
Barisan kemungkinan: Reina, Johnson, Carragher, Agger, Insua, Mascherano, Aquilani, Kuyt @ Maxi, Babel, Gerrard, Torres.
Sumber: http://my-reds.blogspot.com
Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment