Thursday, April 22, 2010

Europa Cup: Athletico Madrid Vs Liverpool



Info Siaran: 3 pagi 23 April 2010 (Jumaat), Astro Siaran 811
LSCM Gathering: Cobra Club
Sumber: http://my-reds.blogspot.com

Kita akan bertandang ke Vicente Alderon, Madrid bagi pertemuan pusingan pertama Separuh Akhir Liga Europa pada awal pagi Jumaat nanti bagi merebut satu-satunya kejuaraan tunggal kita bagi musim ini. Biarpun berhadapan dengan beberapa cabaran dalam pra-perlawanan ini termasuklah risiko pemain "mungkin" keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan ke Madrid melalui jalan darat, namun diharap para pemain akan dapat memberikan tentangan dan sekurang-kurangnya mendapat kelebihan jaringan di tempat lawan untuk memudahkan aksi kedua di Anfield minggu hadapan.

Kemenangan di Anfield awal pagi Selasa lepas seharusnya dapat memberi inspirasi kepada kita untuk meneruskan aksi cemerlang dan yang paling utama, dapat memberi fokus dalam perlawanan ini. Walaupun Athletico Madrid dikhabarkan akan beraksi tanpa penyerang utama Sergio Aguero (yang digantung satu perlawanan), namun harus diingat bahawa mereka punya beberapa pemain berbahaya seperti Diego Forlan (yang kini meledak 23 gol buat Madrid untuk musim ini) dan juga Simao - dan Athletico Madrid juga sebuah pasukan yang sangat baik di pentas saingan piala, termasuk layak di Kejuaraan Copa Del Rey. Atas faktor ini kita harus berjaga-jaga namun kita MESTI mendapatkan kelebihan sebelum beraksi di Anfield nanti.

Dijangkakan kita akan mengekalkan formasi 4-4-2 untuk perlawanan ini, dan beberapa pertukaran minima di barisan pemain seperti Mascherano akan menyertai semula di kesebelasan utama (mengganti Lucas) untuk membentuk gandingan dengan Steven Gerrard di tengah. Yossi akan bermain di sebelah kanan dan Babel pula akan beraksi di sebelah kiri. Untuk bahagian serangan, mungkin gandingan Kuyt dan Ngog akan menjadi pilihan Rafa Benitez. Semoga berjaya, The Reds - kami tetap akan bersama kalian. YNWA!!!!

Skuad kemungkinan: Pepe Reina, Johnson, Carra, Kyrgiakos, Agger, Mascherano, Gerrard, Yossi, Babel, Kuyt, Ngog

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates