
Kita memperolehi apa yang dipanggil kemenangan moral yang bermakna awal pagi tadi di Anfield apabila membenam The Hammers dengan keputusan 3-0. 2 Jaringan di separuh masa pertama oleh Yossi Benayoun dan David Ngog dilengkapkan oleh gol sendiri Robert Green hasil tendangan percuma Steven Gerrard pada separuh masa kedua memberikan kita 3 mata yang pasti menyuntik semangat para pemain dalam mengharungi pusingan separuh akhir Liga Europa awal pagi Jumaat nanti. Di kedudukan liga ketika ini, kita telah merampas kembali kedudukan tempat keenam ke atas Aston Villa (namun mereka punya kelebihan satu perlawanan) dan mengurangkan jurang mata dengan Manchester City kepada 3 mata dan 5 mata di belakang Tottenham Hotspurs (masing-masing juga mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding kita).
Memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-2, perlawanan bermula dengan sedikit perlahan di mana tiada serangan berbahaya dari kedua-dua pasukan. Namun pada minit ke-19, Yossi menjaringkan gol pendahuluan hasil sepakan percuma kapten Gerrard, di mana dia hanya menahan bola menggunakan badannya yang terus menewaskan Robert Green, dan mungkin sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya itu, beliau langsung tidak meraikan jaringan tersebut. 10 minit berselang, Ngog menambah luka skuad Gianfranco Zola dengan jaringan deras hasil hantaran silang dari Maxi dan mengukuhkan kedudukan kepada 2-0 yang bertahan sehingga akhir separuh masa pertama. Steven Gerrard sekali lagi memberi inspirasi untuk jaringan ketiga apabila tendangan percuma dari sebelah penjuru kanan pintu gol West Ham yang terus ke tiang gol sebelum kiri sebelum terkena kaki penjaga gol, Robert Green yang terus menghasilkan gol ketiga. Keputusan akhir 3-0
Tahniah diucapkan kepada kesebelasan pemain Liverpool untuk kemenangan yang bermakna sekalipun kita terpaksa berhadapan dengan hakikat untuk mengharungi saki-baki perlawanan liga dan Liga Europa tanpa Fernando Torres yang baru sahaja menjalani pembedahan lututnya. Harapnya kemenangan ini akan menjadi inspirasi untuk perlawanan-perlawanan yang mendatang. "Impossible is possible". YNWA
Barisan Pemain: Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Agger, Maxi, Gerrard (Mascherano), Lucas, Yossi (Degen), Kuyt, Ngog (Babel)
MOTM Pilihan: Steven Gerrard
Info: http://my-reds.blogspot.com
Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment