Friday, April 9, 2010

Liverpool 4 Benfica 1 (Europa)

Pagi ini penyokong The Reds pasti tersenyum lagi, terima kasih kepada 2 jaringan daripada Torres, dan satu masing-masing daripada Lucas dan Kuyt; memberikan kita keputusan 4-1 di Anfield. Ternyata atmosfera di Anfield sangat luar biasa, dan memberi inspirasi kepada anak-anak buah Rafa Benitez dalam melakarkan kemenangan seterusnya mara ke pusingan separuh akhir Liga Europa, dan lawan kita adalah kelab di mana El Nino membesar, iaitu Athletico Madrid (yang seri 0-0 dengan Valencia, mara atas tiket jaringan tempat lawan).

Bermula dengan tandukan Kuyt yang menerjah jaring pada minit ke-27, walaupun pada mulanya hampir dibatalkan apabila penjaga garisan mengangkat bendera (sewaktu tendangan sudut? halo?), namun advantage diberikan oleh pengadil utama dan memberi kita penyamaan agregat 2-2. Namun, saat yang pasti tidak dilupakan apabila Lucas Leiva menjaringkan satu gol yang menarik dan amat penting awal pagi tadi, Menerima hantaran tepat dari Gerrard dan menewaskan penjaga gol Benfica melalui satu gerakan yang cantik serta mudah, dan menjadikan keputusan 2-0 (atau agregat 3-2). Pada babak kedua, Torres menjadikan kedudukan 3-0 hasil gerakan counter attack yang sangat "smooth", berpunca dari tendangan percuma oleh pemain Benfica yang rebounce dan gerakan pantas dari Mascherano ke Yossi terus ke Kuyt sebelum membuat lorongan cantik untuk disudahi oleh El Nino. Cardozo memberikan Benfica sedikit harapan melalui tendangan leret percuma dari luar petak penalti menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-70 namun El Nino telah megesahkan kita tempat ke separuh akhir dengan jaringan mudah minit ke-82. Keputusan akhir 4-1 (Agregat 5-3)

Pusingan pertama peringkat separuh akhir akan berlangsung 22 April nanti manakala 29 April untuk pusingan kedua. Harapnya sejarah 2001 akan berulang seterusnya memberi satu-satunya kejuaraan piala buat kita pada musim ini. YNWA

Barisan pemain: Pepe Reina, Johnson, Kyrgiakos, Carragher, Agger, Mascherano, Lucas, Kuyt, Yossi (El Zhar), Gerrard (Aquilani), Torres (ngog)

Sumber: http://my-reds.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates