Thursday, April 29, 2010

The Red Membara!!!!


BARISAN pemain Liverpool giat berlatih menjelang pertemuan separuh akhir kedua Liga Europa menentang Atletico di Anfield awal pagi esok.


LONDON - Prestasi suram pada saingan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara membuatkan Liverpool kini menganggap kejuaraan Liga Europa sebagai penyelamat maruah mereka musim ini.

Namun Liverpool perlu terlebih dahulu memburu slot ke final sebelum mencongak peluang merangkul trofi Liga Europa yang sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA.

Awal pagi esok, skuad The Reds itu akan melayan kunjungan Atletico Madrid bagi saingan separuh akhir kedua.

Andai berhasrat mara ke pentas final, Liverpool perlu memadam kekalahan 0-1 yang dialami mereka pada aksi separuh akhir pertama di Vicente Calderon minggu lalu.

"Saya yakin dengan tuah Anfield dan sokongan padu penyokong sendiri, kami mampu untuk menewaskan sesiapa saja," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.

Liverpool pasti bersemangat bagi menghadapi perlawanan itu nanti setelah mereka membelasah Burnley 4-0 pada saingan Liga Perdana England Ahad lalu

Pada aksi awal pagi esok, Benitez dijangka mempertaruhkan pemain tengah Itali, Alberto Aquilani di barisan serangan selepas dia kehilangan khidmat penyerang sensasi, Fernando Torres.

"Ini merupakan satu pilihan. Dia boleh beraksi dalam kedua-dua posisi (tengah dan serangan).

"Dia boleh bergerak bebas dan Steven Gerrard juga akan berada di belakangnya bagi membantu jentera serangan," kata Benitez,

Tatkala Liverpool bersedia menggempur kubu Atletico di hadapan penyokong sendiri, kelab Sepanyol itu juga dilihat memiliki rekod cemerlang ketika beraksi di tempat lawan.

"Kami tahu Liverpool apabila beraksi di laman sendiri mampu meletakkan tekanan tinggi kepada kami tetapi kami sendiri yang akan menentukan nasib kami," kata pemain sayap Atletico, Simao Sabrosa.

Atletico bakal menurunkan semula penyerang Argentina, Sergio Aguero yang digantung pada aksi separuh akhir pertama minggu lalu.

Sumber:
Kosmo! Online

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates