Thursday, April 29, 2010

SF2 Europa Preview: Liverpool V Athletico Madrid

Info siaran: 3 pagi, 30 April 2010, Astro 811
Info: http://my-reds.blogspot.com

Kita akan menanti kehadiran Athletico Madrid di Anfield awal pagi Jumaat nanti dalam misi "hidup dan mati" bagi merangkul satu-satunya kejuaraan yang mungkin bakal dicapai pada musim ini - Liga Europa. Sekalipun kita akan beraksi di gelanggang keramat "Anfield", namun tekanan sebenarnya lebih berat kepada kita berbanding Athletico, lebih-lebih lagi kerana mereka punya kelebihan kemenangan 1-0 yang diperoleh minggu lepas. Kita perlu menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan dua jaringan bagi memastikan tarikh 12 Mei 2010 di Hamburg akan diisi oleh kita. Tambahan pula, penyerang sensasi mereka, Sergio Aguero, akan kembali di Anfield setelah tidak beraksi di Madrid minggu lepas akibat digantung satu perlawanan.

Berita kecederaan dua penyerang alternatif buat El Nino - iaitu Dirk Kuyt dan David Ngog sudah pasti meresahkan RB dalam proses mencari peledak hadapan bagi memikul tanggungjawab tersebut. Buat masa kini, mungkin Ryan Babel adalah pilihan yang sedia ada. Alberto Aquilani yang menunjukkan aksi membanggakan ketika membenam Burnley Ahad lepas mungkin sekali lagi akan diberi tugas "free role" di bahagian attacking midfielder - oleh itu gandingan Gerrard dan Mascherano sekali lagi akan bersatu di bahagian central midfield. Cuma kini yang menjadi persoalan, siapakah yang akan bermain di bahagian sayap? Kini cuma hanya Yossi yang mungkin pasti akan bermain di sebelah kiri. Tapi siapa pula di sebelah kanan? Adakah RB akan meletakkan Johnson di sayap kanan (kerana aksi dominannya yang lebih ke arah menyerang) dan menurunkan Degen? Atau Carra akan bermain di sebelah kanan dan RB akan meletakkan gandingan Kyrgiakos dan Skrtel (yang dikhabarkan sudah pulih) atau Daniel Ayala di pertahanan tengah? Atau mungkin juga Gerrard akan bermain di posisi asalnya, bermain di bahagian kanan manakala Lucas dan Mascherano di tengah? semuanya akan terjawab nanti.

Kita mengharapkan kemenangan, pastikan defisit 1-0 dapat ditebus dan seterusnya mara ke akhir Liga Europa. Kita sudah melangkah jauh dan tidak seharusnya tersungkur di tengah jalan ketika destinasi hampir sampai. "Some people think football is a matter of life and death. I assure you, it's much more serious than that" Bill Shankly.
Liverpool - we're never gonna stop!!!

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates