Monday, May 3, 2010

Berakhir sudah episod duka 09/10: Liverpool 0 Chelsea 2

Sumber: http://www.my-liverpoolfc.com/v2/


Perlawanan terakhir di Anfield berakhir dengan keputusan 0-2, melengkapkan minggu yang penuh episod suka duka. Awal pagi Jumaat kita terkeluar dari saingan Europa dan malam ini pula harapan tempat keempat secara rasminya telah berakhir. Dua jaringan, pertama hasil kesilapan skipper Steven Gerrard yang membuat backpass dirampas oleh Didier Drogba yang terus menghukum Pepe Reina memberi kelebihan 1-0 pada minit ke-32 dan Frank Lampard menjaringkan gol kedua harus hantaran Anelka pada minit ke-54; mengakhirkan keputusan 2-0 dan kini terus memberi kelebihan buat Chelsea ke atas Manchester United.
Kita semua kecewa, dan apa yang diharapkan ialah kebangkitan semula phoenix merah untuk musim 2010/2011. Tidak kira siapakah yang akan masuk atau keluar pada penghujung musim ini, kerana yang kita tahu kita pasti akan kembali bangkit. Malam ini terbukti menunjukkan kita masih sayangkan Liverpool - walau apa jua berlaku. Walk on through the wind, walk on through the rain, tho's your dreams be tossed and blown - You'll Never Walk Alone!!!

Barisan Pemain:
Pepe Reina, Javier Mascherano, Jamie Carragher (Daniel Ayala), Soto Kyrgiakos, Dane Agger, Steven Gerrard, Lucas Leiva, Maxi Rodriguez (Ryan Babel), Yossi Benayoun, Alberto Aquilani (David Ngog), Dirk Kuyt

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates