Kini kedengaran desas-desus kencang Liverpool dikaitkan dengan Ever Banega, pemain yang kini bermain untuk Valencia. Muda, baru berusia 21 tahun dan mungkin bakal menjadi prospek yang bagus untuk dibeli oleh Liverpool. Tambahan, dengan harga yang murah €10 juta (seperti harga Alonso semasa kita membelinya dahulu), Ever Banega adalah pelaburan yang dianggap ideal di kala kita masih lagi tertunggu-tunggu dengan berita pemilikan Liverpool. Mengikut sumber goal.com, Banega dikhabarkan sangat berminat untuk menyertai Liverpool sekalipun beliau tahu kita tidak akan beraksi dalam Champion League musim hadapan dan ini merupakan satu berita yang baik, tambahan pula beliau akan menyertai rakan-rakan dari senegaranya seperti Maxi Rodriguez, Javier Mascherano dan Emiliano Insua di Anfield.
Di samping itu, dikhabarkan gaya permainan beliau yang "tidak mengenal erti letih" telah disamakan dengan kehebatan Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Mungkin ini yang kita cari selama ini, mungkin. YNWA!!!

Biodata Ringkas:
Nama Penuh: Éver Maximiliano David Banega
Tarikh Lahir: 29 Jun 1988
Umur: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 29 Jun 1988
Umur: 21 Tahun
Posisi: Tengah
Kelab kini: Valencia (33 penampilan, 2 gol)
Antarabangsa: Argentina (2 penampilan)
Sumber: http://www.my-liverpoolfc.com/v2/
Sumber: http://www.my-liverpoolfc.com/v2/
Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment