Selain daripada khabar angin yang menyatakan seorang jutawan China, Kenneth Huang mahu mengambilalih Liverpool, berita terbaru yang diterima turut melaporkan Dubai International Capital atau DIC kini telah kembali bersaing untuk mendapatkan penguasaan ke atas Liverpool FC. DIC kini dilaporkan telah mula berbincang secara serius dengan Liverpool mengenai tawaran pengambilalihan kelab berjumlah 500 juta pound. DIC adalah syarikat pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga DiRaja Dubai yang diketuai oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. DIC kini disebut-sebut sebagai calon pilihan utama untuk mengambilalih Liverpool di dalam masa terdekat ini. Mereka juga dikatakan sedang mengadakan perbincangan serius dengan pemilik-pemilik Liverpool. DIC sebenarnya telah lama cuba membeli Liverpool dengan tawaran mereka pada tahun 2007 namun pemilik ketika itu David Moores memilih untuk menjual kepada pemilik Amerika di atas cadangan daripada bekas CEO Liverpool Rick Parry.Sumber: http://www.my-liverpoolfc.com/v2/
Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment