Friday, August 20, 2010

Selamat Datang Brad Jones!



Brad Jones kini sudah sah menyertai Liverpool setelah lulus ujian kesihatan dengan harga perpindahan £2.3 juta dari Middlesbrough – kelab yang beliau sertai semenjak 2001. Jones, 28 tahun, juga merupakan penjaga gol kedua kebangsaan Australia dengan 2 penampilan setakat ini serta berada di dalam skuad Australia dalam kempen Piala Dunia baru-baru ini.

Penyertaan Jones telah menyelesaikan masalah pemain “homegrown” dalam skuad Liverpool dan kini bolehlah Uncle Roy meneruskan misi bagi mendapatkan seorang lagi penyerang dan mungkin bek kiri ketika “transfer window” akan ditutup pada akhir bulan ini.

Untuk Jones dari My-LFC, kami mengucapkan Selamat Datang ke Anfield. YNWA!!!

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates