Wednesday, September 1, 2010

Analisa Perpindahan musim panas Liverpool FC 2010/2011

Semalam merupakan penutup sesi perpindahan pemain musim panas di dalam Liga Perdana Barclay’s di mana pemain terakhir yang dilaporkan menyertai kita ialah pemain bek kiri, Paul Konchelsky dari Fulham. Setakat 2 pagi tadi (atau 6 petang waktu UK – penutup sesi), berikut disenaraikan pemain-pemain yang masuk dan keluar dari kelab kita untuk musim panas 2010/2011.

Sekalipun kita membawa masuk 8 muka baru dalam skuad, Uncle Roy tampak bijak dengan hanya menggunakan hanya £10 juta daripada jumlah pendapatan ke atas pemain baru manakala selebih £15 juta daripada jumlah yang disediakan oleh pemilik Liverpool FC.

Hasil perkiraan kasar kita telah mencapai perbelanjaan bersih sebanyak £17.95 juta ke atas pembelian pemain (belum termasuk hasil jualan Damien Plessis). Diharapkan jumlah ini mungkin boleh digunapakai untuk sesi perpindahan Januari nanti, terutamanya mendapatkan seorang lagi penyerang berbisa dalam skuad.

Perpindahan Masuk:
Jonjo Shelvey (Charlton) – £1.7 juta
Milan Jovanovic (Standard Liege) – Percuma
Joe Cole (Chelsea) – Percuma
Danny Wilson (Rangers) – £2 juta
Christian Poulsen (Juventus) – £4.5 juta
Brad Jones (Middlesbrough) – £2.3 juta
Raul Meireles (Porto) – £11.5 juta
Paul Konchelsky (Fulham) – £3 juta

Perpindahan Keluar:
Mikel San Jose (Athletico Bilbao)
Yossi Benayoun (Chelsea) – £5.5 juta
Albert Riera (Olympiakos) – £4.5 juta
Krisztián Németh (Olympiakos)
Damien Plessis (Panathinaikos) – tidak diketahui
Diego Cavalieri (Cesena) – £1.2 juta
Javier Mascherano (Barcelona) – £17.25 juta
Lauri Dalla Valle (Fulham) – swap + tunai untuk Konchelsky
Alberto Aquilani (Juventus – pinjaman)
Nabil El Zhar (PAOK – pinjaman)
Emiliano Insua (Galatasaray – pinjaman)

Jumlah perbelanjaan ke atas pemain: £25 juta
*Transfer kitty yang disediakan: £15 juta
Jumlah pendapatan hasil jualan pemain: £27.95 juta (tidak termasuk hasil jualan Plessis)
Perbelanjaan Bersih: £17.95 juta (£27.95 juta + £15 juta – £25 juta)

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates