Sunday, March 13, 2011







Tewas di Braga 0-1. Namun itu belum pengakhirannya lagi, kerana kita akan melayan mereka di Anfield minggu hadapan, dan sudah tentulah kita mahu kemenangan sekurang-kurangnya 2-0. Sedikit tekanan dirasakan lebih-lebih lagi setelah melalui perlawanan yang mengecewakan.



Sekalipun gol SC Braga hanya diperolehi menerusi penalti, namun kita harus menyalahkan diri sendiri kerana kurang memberi tentangan pada separuh masa pertama. Ketika Andy Carroll dimasukkan pada separuh masa kedua, barulah nampak sedikit rentak serangan. Mungkin untuk perlawanan seterusnya, saya membayangkan King Kenny akan meletakkan Kuyt dan Carroll di bahagian hadapan untuk menggempur gawang SC Braga di Anfield nanti.


Tidak perlu memarahi sesiapa lagi. Yang penting, minggu hadapan kejayaan harus dilakar. Hapuskan badi ketiadaan piala semenjak 2006. YNWA


Skuad: Reina, Carragher, Skrtel, Kyrgiakos, Johnson, Lucas, Poulsen (Carroll), Spearing, Meireles, Kuyt, Cole

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates