"Berakhir sudah musim yang memeritkan", itulah ungkapan yang boleh dikatakan bagi pasukan kita ini apabila musim 2009/2010 menjadikan semuanya tidak kena kepada pengurusan, jurulatih, pasukan dan juga pemain.
Pada musim ini kita hanya mampu mengutip 63 mata dengan hanya menduduki tangga ketujuh dibelakang Aston Villa dalam semua perlawanan musim ini berbekal kan 18 kemenangan, 9 seri dan kalah dalam 11 perlawanan yang menyebabkan kita kempunan untuk layak ke liga juara-juara pada musim hadapan.
Pada musim ini juga, penyerang berbisa The Red, Fernando Torres yang selalu mengalami kecederaan yang panjang menyebabkan pengurus pasukan iaitu Rafael Benitez menghadapi kesulitan untuk membentuk strategi yang mantap dan terpaksa menghadapi risiko menurunkan penyerang Ngog, El Zhar, Pacheco dan juga meletakkan Dirk Kuyt pada posisi penyerang dimana kuyt yang sebelum ini lebih selesa bermain di sebelah kanan.
Diharapkan dengan berbekalkan tajaan baru dan juga bakal mempunyai pemilik kelab yang baru pada musim hadapan iaitu musim 2010/2011, pengurusan akan menjadi lebih mantap dan juga mempunyai pasukan yang mantap dan digeruni. Harapan kita semua, diharapkan pihak kelab akan memberikan sumber kewangan yang mencukupi kepada jurulatih supaya permain yang berkualiti dan mantap dapat dibeli terutamanya pada bahagian penyerang dimana The Red amat memerlukan pemain penyerang yang mempunyai kelincahan dan ketajaman seperti El Nino supaya dapat meledakkan banyak gol seterusnya menjulang piala EPL yang sekian lama diidamkan. YNWA!!!
Semoga musim hadapan akan menjadi musim kegemilangan pasukan The red.....Selamat Tinggal musim 2009/2010.
You'll Never Walk Alone!!!

Liverpool Time
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment