Monday, April 26, 2010

Van der Vaart diburu The Reds


LIVERPOOL - Liverpool memulakan perbincangan dengan Real Madrid untuk membeli pemain tengah kelab itu, Rafael van der Vaart dengan harga £6 juta (RM29.4 juta).

Pegawai Liverpool telah bertemu rakan sejawatan mereka di Madrid sebelum pasukan itu bertemu Atletico pada saingan separuh akhir Liga Europa Khamis lalu.

Hasilnya, pemain Belanda itu yang kurang menyinar di Bernabeu berada dalam senarai utama Liverpool.

Turut dibincangkan ialah bekas pemain Portsmouth, Lassana Diarra tetapi Van der Vaart tetap menjadi pilihan utama dalam perbincangan tersebut.

Sumber Liverpool berkata, perbincangan tersebut bagaimanapun masih di peringkat awal.

Real sebelum ini bersedia untuk menjual Van der Vaart pada tahun lalu sehingga tidak memberikan langsung nombor jersi kepada pemain itu pada awal musim ini.

Namun van der Vaart secara berperingkat kembali meletakkan dirinya dalam skuad Real tetapi kelab Sepanyol itu tetap berhajat untuk menjualnya.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez merancang untuk menambah dana pasukan dengan kesediaan untuk menjual Ryan Babel, Fabio Aurelio dan Albert Riera.

Sumber: Kosmo! Online

0 comments:

Post a Comment

You'll Never Walk Alone © 2010. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates